Pelan Pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) yang baru dilancarkan di Tanjung Malim dijangka menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluar kenderaan elektrik, pembekal komponen ke pasaran asean, bahkan ke pasaran yang lebih luas lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembangunan tersebut dilihat dapat menarik minat pelabur-pelabur asing khususnya dari China dan negara lain kerana berpotensi memperkasakan ekosistem dunia automotif dalam satu kawasan yang besar.
Untuk perincian lanjut terus bersama rakan setugas, Hasimi Muhammad yang membuat liputan majlis pelancaran berkenaan.